MERDEKA - Che Det

Kita semua sedar akibat buruk dari minuman arak sebab itu kita faham undang-undang Islam yang dikenakan keatas Kartika Sari Dewi Shukarno. Kita sepatutnya bersyukur dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau itu kerana tidak memprotes tentang hak peribadi beliau untuk bertanggungjawab secara langsung kepada Allah atas kesalahan beliau itu selagi beliau bertanggungjawab tidak menggangu dan memudaratkan ketenteraman awam. Beliau bagaimana joke nampaknya masih patuh berpegang kepada undang-undang Islam untuk menerima dengan rela hati hukuman sebatan malah meminta hukuman itu dilakukan dikhalayak ramai sebagai memberi pengajaran kepada umat Islam yang lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Ada juga umat Islam yang menjadi semakin sesat bila saja mereka dikenakan tindakan dibawah undang-undang Islam lalu menistiharkan diri mereka keluar dari Islam semata-mata mahu mengelakkan diri mereka dari dihukum dibawah undang-undang itu. Pekara ini pernah terjadi dalam satu kes murtad yang melibatkan dua orang bekas guru agama Mohmad Ya dan isterinya Kamariah Ali dari Kelantan yang mencabar undang-undang syariah, kedua-dua mereka mengistiharkan diri sebagai bukan Islam supaya mereka tidak layak dihukum dibawah undang-undang Islam itu. Ini menunjukkan undang-undang syariah yang digunapakai sekarang masih tidak menepati syariat Allah, tidak ditakuti dan dihormati dan dipermain-mankan oleh mereka dengan sewenang-wenengnya.

Jika hukuman syariah yang ada hari ini tidak menepati syariat Allah, siapa yang akan bertanggungjawa di akhirat kelak kerana meringgankan hukuman itu, adakah hukuman yang diringankan oleh manusia itu dapat membebaskan pesalah dari dihukum Allah semula diakhirat sedangkan hukuman yang diterimanya di dunia tidak menurut undang-undang Islam yang diamalkan oleh rasullah?? Jika undang-undang itu tidak mengikut sunah rasul maka undang-undang itu tidak ubah seperti undang-undang buatan manusia seperti mana yang diamalkan oleh common law sekarang?

Hari ini berbagai pihak cuba mencari justifikasi bahawa hukuman Allah itu bukanlah bermaksud untuk mencenderakan pesalah tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada mereka. Ini mungkin membuat orang-orang kafir terfikir bahawa orang-orang Islam hanya mampu belajar kesalahan mereka dengan hanya ditibai seperti binatang, mungkin dalam fikiran orang-orang kafir ini orang-orang Islam tidak berupaya belajar dengan hanya mendengar pujukan nasihat apa tah lagi menggunakan akal fikiran yang dianugrahkan Allah kepada mereka untuk membezakan kesalahan dan kebenaran, sebab itu mereka perlu ditibai seperti binatang supaya patuh pada undang-undang mereka??? Apakah itu caranya kita mahu orang lain memahami tentang agama kita, tentang sifat Allah yang maha adil lagi maha pengampun itu???

Ramai yang tidak berapa gemar dan takut bercakap tentang hukum Allah ini termasuk jugak saya kerana sedar kita bukannya pakar dalam bidang ini, takut nanti pendapat kita itu akan menyimpangkan diri kita dari akidah. Namun sebagai seorang Islam, tidak kira sama ada kita ni menyokong UMNO atau PAS, kita tidak boleh menafikan undang-undang Allah itu adalah undang-undang yang pale atas mengatasi undang-undang buatan manusia.

Allah telah mengariskan undang-undangNya didalam al Quran bagi melindungi manusia itu tergelincir dari akidahnya, dan ini bermakna barang siapa yang menentang undang-undang Allah itu, perbuatan menenatang itu sudah dianggap seperti menentang Alllah jua. Atas sebab ini PAS dikatakan berjuang habis-habisan (walalupun sanggup bersahabat dan berkerjasama dengan iblis yang bertopengkan manusia yang menentang hukum Allah itu) kerana mahu menegakkan undang-undang Allah ini. Memang tidak dapat dinafikan sudah menjadi kewajiaban kepada setiap pemerintah untuk melaksanakan undang-undang Islam ini dan menjadi kewajiban kepada setiap rakyat pula mematuhinya, apatah lagi jika ketua negara dan ketua kerajaan itu dipimpin oleh orang-orang Islam itu sendiri.

Soalnya kenapa UMNO tidak menyokong niat baik PAS itu lalu memberi berbagai alasan yang dianggap tidak menepati khendak Allah. Orang-orang PAS bertanya lagi adakah tugas melaksakan undang-undang Islam itu hanya dipikul oleh orang-orang PAS saja semata-mata kerana parti PAS itu parti menggunakan nama Islam sedangkan orang-orang UMNO pula mencari 1001 macam alasan untuk melengahkan hukum Allah ini, adakah orang-orang UMNO tidak takut akan dosa kepada Allah hingga tidak sanggup menggunakan kuasa poltik sedang berada ditangannya??

Saya ingin menjawab balik tampa mempersoalkan keikhlasan PAS itu memang berdosa besar bagi orang-orang UMNO atau sesiapa saja jika mereka tidak menyokong apatah lagi menentang usaha-usaha PAS atau siapa saja untuk menegakkan undang-undang Islam ini, namun apa kurangnya dengan PAS yang turut berdosa besar kerana sanggup berbohong atas kepentingan politik mereka dengan menyatakan pekara yang tidak benar bahawa undang-undang Islam itu hanya untuk digunapakai untuk orang-orang Islam saja sedangkan mereka sendiri tahu undang-undang Allah yang sudah diperakui dalam Al Quran mestilah digunapakai kepada semua mahklok yang bergelar manusia, bukan saja tertakluk kepada manusia yang menyokong UMNO atau PAS saja tetapi termasuk jugak mereka yang bukan Islam. Jadi layakkah PAS menuduh Hishamuddin atau UMNO menipu orang Islam sedangkan mereka sendiri joke menipu orang Islam termasuk jugak yang bukan Islam dengan menyatakan bukan Islam tidak tertakluk dengan undang-undang Islam. Jika undang-undang Islam itu hendak diadakan di negara ini ianya hendaklah dikenakan keatas semua warganegara ini tidak kira sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam, asalkan mereka itu manusia, mereka jugak tertakluk dibawah hukum Allah ini kerana itulah khendak Allah sebenar-benarnya.

Dari mata kaca Islam, sememanglah hukum Allah itu satu undang-undang yang adil kerana perlaksanaannya dibuat secara meyeluruh kepada setiap manusia tampa mengira bangsa dan agama mereka dan undang-undang Islam ini juga kekal sepanjang masa hingga keakhir zaman. Adakah undang-undang Allah ini akan menjadi adil jika ia hanya digunapakai kepada orang-orang Islam saja seperti mana yang dibohongi oleh pemimpin-pemimpin PAS sekarang??? Bayangkan jika undang-undang ini hanya dibuat untuk orang-orang Islam saja, bila ada orang Islam yang mencuri, tangangnya dipotong sedangkan bila bukan Islam yang mencuri, dia hanya dimasukkan ke penjara saja, bila ada pula pasangan Islam yang berzina dengan bukan Islam, jika pasangan yang Islam itu sudah berkawin dia boleh direjam hingga mati sedangkan pasangannya yang bukan Islam itu pula dilepaskan begitu saja kerana tidak tertakluk kepada undang-undang Islam.

Undang-undang Islam juga bersifat kekal kerana mahu menegakkan keadilan sepanjang zaman, jangan ingat hukuman Allah itu hanya sesuai untuk manusia di zaman dulu kala saja, kalau dulu kala hukumanya rejam, sekarang joke jika kesalahan yang sama dilakukan hukumnya tetap rejam, tidak boleh dikurangkan kerana keadilan untuk orang-orang terdahulu dan orang-orang sekarang tetap sama dan tidak boleh diubah, maka itu barulah dikatakan undang-undang itu adil.

Kepada mereka yang jahil tentang hukuman Allah ini tentunya menganggap undang-undang Islam ini tidak berkeperimanusiaan, kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak applicable dengan gaya pemikiran orang-orang sekarang, maka itu ianya perlu diubah malah diringgankan seperti mana terjadi pada undang-undang syariah sekarang. Adakah undang-undang syariah sekarang menepati syraiat Allah sedangkan hukuman Allah itu hendaklah kekal sepanjang zaman, kenapa pula manusia memandai-madai mengubahnya???

Yang patut berubah itu sebenarnya bukanlah undang-undang Allah itu tetapi minda dan tabiat manusia dalam menjaga akidah mereka. Undang-undang hanya mampu dijadikan sebagai “alat” untuk mengawal akidah sesaorang tetapi akidah itu tercetus dari niat di hati dan keimanan sesaorang, maka hati dan keimanan inilah yang perlu dikawal dan menjadi tanggungjawab kepada setiap individu mengawalnya sepanjang masa.

Setiap manusia mulai sekarang perlu diajar takut akan Allah bukannya takut kepada undang-undang Allah, undang-undang Allah itu hanya faktor luaran yang tujuan asalnya tidak boleh diubah lagi iaitu menjadi salah satu cara melindungi akidah sesaorang tetapi bagaimana joke ia tidak dapat menjamin keimanan sesaorang itu jika hatinya tidak terdidik supaya sentiasa takut kepada Allah bukannya undang-undangnya.

Jangan sesakali kita gambarkan undang-undang Allah itu sebagai satu yang kejam dengan hanya menggerunkan manusia akan hukum-hukum Allah itu sedangkan ianya sangat bertentangan dengan sidat-sifat Allah yang Maha adil, Maha pengampun, Maha mengasihani, Maha mengetahui, Maha besar, Maha Kuasa dan Maha segala-galanya.

Memang jadi sifat semula jadi manusia sejak dari zaman dulu hingga sekarang tidak pernah berubah kerana kejahilannya, sebab itu undang-undang Allah sendiri tidak pernah berubah bagi menanggani kejahilan manusia itu, yang hanya berubah adalah cara mendekati manusia zaman dulu dan manusia zaman sekarang. Mungkin cara menanggani kejahilan manusia dizaman dulu adalah dengan mengajar mereka takut pada hukuman Allah dan manusia zaman sekarang pula lebih sesuai diajar supaya takut kepada Allah itu sendiri.

Ini kerana manusia zaman sekarang lebih cerdik dan senang mencari jalan untuk melepaskan diri dari dikenakan undang-undang Allah, apa tah lagi jika beban bukti yang terlalu berhati-hati seperti memerlukan sampai empat orang saksi, manusia mana yang begitu bodoh mahu melakukan kesalahan berat hingga boleh tertangkap dan terlihat sampai orang saksi, jika itu yang dianggap lambang keadilan undang-undang Allah maka undang-undang itu sendiri tidak berupaya mencegah maksiat berat, jauh sekali melindungi akidah manusia malah akan mensia-siakan tujuan asal undang-undang itu diwujudkan. Ini sudah tentu akan menambah beban kepada pemerintah untuk mengadakan lebih ramai jumlah penguatkuasa bagi mencegah lebih banyak maksiat berlaku kerana beban bukti yang longgar itu.

Maka itu mereka perlu diajar supaya lebih takut kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui segala perbuatan mereka walaupuan mereka bijak menyembunyinya dari ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang. Jika mereka menggunakan akal untuk melepaskan diri maka akal jugalah menjadi kaedah effektif untuk mengawal diri mereka, bukannya undang-undang kerana undang-undang itu hanyalah faktor luaran saja. Bagaimana joke kita tidak boleh menafikan keperluaan undang-undang Allah itu diwujudkan walau apa joke kaedah yang kita pilih untuk mengawal akidah manusia kerana itu sudah joke termaktub di dalam kitab Al Quran.

Cuma jangan sampai kaedah menggunakan pendekatan undang-undang Allah itu akan membuka lebih banyak peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menceca dan menggambarkan Islam itu mengamalkan undang-undang ketinggalan zaman, kejam, tidak demokratik kerana memaksa semua manusia termasuk bukan Islam tunduk dan tertakluk kepada hukum Allah walaupun hukum Allah itu sememangnya meliputi semua manusia tidak kira apa jua agama dan bangsanya.

Sebab itu terdapat perbezaan yang nyata antara PAS dan UMNO hari ni yang sering tuduh menuduh kerana dikatakan tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan undang-undang Allah ini. Bagi PAS, UMNO mensia-siakan kuasa yang ada ditangannya kerana tidak berani mengubah Perlembangan ciptaan manusia untuk disesuaikan dengan undang-undang Allah. Tetapi PAS joke apa kurangnya bila sanggup menipu rakan kongsi politik mereka dengan menyatakan bahawa undang-undang Islam itu hanya akan dikenakan kepada umat Islam saja sedangkan mereka sedar dan tahu bahawa undang-undang Islam itu meliputi semua manusia sama ada kepada mereka yang beriman atau tidak kepada Allah dan mereka tidak harus lagi berbohong tentang soal ini.

PAS tentu sedia maklum bahawa keadaan negara sekarang tidak lagi sama seperti zaman rasulullah dulu dimana kekuatan pemerintah tidak tertakluk dibawah sistem demokrasi, malah orang-orang bukan Islam ketika itu tidak mempunyai hak langsung untuk memilih pemeritah Islam mereka. Hari ini jika PAS dan UMNO walau mereka bercantum sekali pun, mereka masih tidak berupaya untuk melawan khendak dan suara rakyat melalui sistem demokrasi yang lebih mengutamakan hak asasi mereka yang hanya melihat amalan agama itu adalah hak peribadi individu bukannya hak pemerintah untuk menentukannya.

PAS jangan hanya pandai bercakap tentang soal undang-undang Islam ini saja kerana hari ini bukan mereka yang memerintah negara dan bertanggungjawab untuk memastikan tidak ada hura hara atau pemberontakkan terutama dari mereka yang bukan beragama Islam yang tidak mahu tertakluk kepada undang-undang Islam ini kerana jmereka uga mempunyai hak untuk mempercayai hukuman melalui kacamata agama mereka. Bukankah agama Islam itu agama yang adil dan sendiri kata tidak ada paksaan dalam beragama.

Hakikatnya, bagaimana PAS dan UMNO boleh berjaya mempengaruhi bukan Islam untuk menerima Islam jika kedua-duanya mempunyai pendekatan yang berbeza dari mencari jalan supaya Islam itu dapat diterima oleh semua bangsa dan agama??? Adakah undang-undang Islam itu terlalu zalim hingga kedua-dua parti ini tidak berani menyatakan pekara yang lebih benar bahawa Allah itu bersifat maha pengapun, maha adil, maha mengasihani, maha pemurah, maha mengetahui dan maha segala-galanya dari hanya mengajar manusia takut akan hukum yang akan dikenakan keatas mereka.

Dengan hanya pandai menuduh UMNO sebagai kafir, sudah tentu PAS tak akan dapat kerjasama dari UMNO kerana mecontengkan imej politik UMNO dengan tuduhan itu sedangkan PAS harus sedar bahawa jika bertindak bersendirian tampa bantuan orang-orang lain juga sudah tentu tidak mampu memperolehi kuasa kuasa politik yang cukup kuat untuk menegakkan uandang-undang Islam, apatah lagi mahu mengharapkan rakan politik mereka yang terang-terangan tidak mahu menerima undang-undang Islam itu dijadikan sebagai undang-undang negara ini.

Oleh sebab itu mereka wajib berkerja sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masaalah ini dengan tujuan yang ikhlas tampa berselindung disebalik muslihat politik yang bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak, bagaimana mereka hendak mendekati semua manusia dalam keadaan sekarang supaya mereka dapat menerima undang-undang Islam itu. Contoh yang terbaik perlulah datang dari diri mereka sendiri bila mana mereka bersetuju menerima hakikat keadaan hari ini dengan kesesuaian undang-undang Allah itu. Mulai sekarang jangan lagi ada gelaran Islam ala PAS atau Islam ala UMNO kerana kedua-dua parti ini harus berusaha untuk menjadikan “Islam itu untuk Malaysia”.

Memang benar, adanya undang-undang Islam itu masih tidak menjamin sesaorang itu masuk ke syurga kerana syurga dan neraka adalah ketentuan dan urusan Allah tetapi kita perlu maklum bahawa menentang udang-undang Allah itu adalah satu dosa dan kita akan bertambah berdosa jika menentangnya. Maka itu pedekatan takut kepada Allah (Tuhan) itu perlu menjadi bulletin dan mesej utama bagi menarik dan mengajak semua manusia tunduk kepada undang-undang Allah itu. Undang-undang Allah ini hanya perlu dijadikan sebagai alat bila masa kita perlu membetulkan kejahilan dan akidah sesaorang manusia itu saja. Sesungguhnya Allah sendiri joke tidak gemar menghukum manusia jika dihati manusia itu sendiri sudah terbit rasa takut kepadaNya dan sentiasa berusaha membendung akidah mereka untuk mendapat balasan pengampunan dariNya.

Bukankah Allah sendiri telah berjanji akan mengadili semua kesalahan dan kebaikan manusia di mahkamah akhirat kelak, mereka yang terlepas dari hukuman di dunia atau yang tidak mendapat hukuman yang setimpal dengan dosa mereka akan dibicara semula di mahkamah Allah, disana nanti mereka akan mendapat hukuman yang setimpal dan lebih adil malah lebih dasyat dari apa yang mereka perolehi di dunia ini. Oleh itu marilah kita sama-sama bertawakal kepada Allah berbuat sesuatu yang termampu dan selebihnya berserah kepada Allah yang lebih mengetahui hukuman yang patut diberikan, nercaya Allah akan mengampuni dosa kita. Sementara itu janganlah kita gunakan alasan untuk melanggar perintah Allah semata-mata kerana tidak ada undang-undang yang mencegah dan membendung kita dari melanggar perintah Allah. Ingatlah, pencegahan yang terbaik adalah datang dari hati dan keimanan kita sendiri, bukannya takut pada undang-undang kerana undanag-undang tidak dapat melihat semua dosa kita kecuali Allah yang maha melihat dan maha mengetahui.

Oleh sebab itu kuatkan lah keimanan kita pada Allah dan percaya pada hukuman diakhirat supaya kita tidak melanggar peintahNya di dunia walaupun tampa undang-undang yang memerhatikan kita. Undang-undang yang ada itu tidak dapat mencagah kita daripada perbuatan mungkar jika diri kita sendiri yang mungkar kerana tidak mempunyai keimanan untuk takut kepada Allah dan balasan di akhirat, bukan hanya sekadar takut kepada undang-undangNya di dunia saja sedangkan hukuman diakhirat itu lebih dasyat dari yang pernah kita sendiri ketahui.

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam), kerana sesungguhnya telah nyata jalan kebenaran dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” - Al-Baqarah 256

Demikianlah petikan dari ayat surat Al-Baqarah yang menerankan tentang beberapa konsep dan penerangan yang perlu dipatuhi oleh Umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati apakah intipati yang dikehendaki oleh Allah s.w.t di dalam ayat tersebut, semoga kita sama-sama beroleh ilmu serta kefahaman tentang intipati tersebut.

“Tidak ada paksaan dalam beragama (memasuki Islam)” - Umat Islam