Ayu Raudhah idam anak kembar
USIA perkahwinan aktres jelita
Ayu Raudhah Che Wan, 27, dan
pemain bola sepak kebangsaan,
Zaquan Adha Abdul Razak, 24,
baru berusia enam bulan.
Sungguhpun begitu, Ayu sebenarnya sudah tidak sabar
untuk bergelar seorang ibu
dengan kehadiran cahaya mata
dalam rumahtangganya.
Malah, dia khabarnya mengidam
mahu mendapat anak kembar.
Menurut Ayu yang ditemui pada
majlis pelancaran drama
terbarunya berjudul Hilang di
restoran Bora Ombak, Ampang,
Kuala Lumpur baru-baru ini,
walaupun beberapa kali khabar angin mengatakan dia sedang
hamil muncul, semuanya itu tidak
benar kerana mereka masih
belum dikurniakan rezeki untuk
menimang anak.
Nak buat macam mana belum
ada rezeki, kalau boleh saya
memang nak ada anak cepat.
Saya teringin ingin anak lelaki
tetapi suami mahukan anak
perempuan, kalau dapat kembar dan dapat sepasang perempuan
lelaki memang saya bersyukur
sangat-sangat, ujarnya.
Mungkin, khabar angin hamil itu
timbul disebabkan badannya
yang sedikit berisi sewaktu awal
perkahwinan, tetapi penampilan
terbaharunya, Ayu kelihatan
semakin kurus.
Sebenarnya saya hanya turun
dua kilogram sahaja, tetapi ramai
yang tegur saya makin kurus,
mungkin disebabkan penurunan
berat badan saya kelihatan
ketara berbanding dulu yang sedikit berisi. Sebelum ini, badan
saya berisi itu yang orang ingat
hamil sebenarnya mana ada apa-
apa.
Kalau boleh saya lagi nak
cepat mengandung, kalau ada
anak bertambah meriah
rumahtangga kami. Jadi, tolong
doakan kami supaya cepat dapat
anak ya, ucapnya sambil ketawa.
Penurunan berat badannya itu
berkumungkinan besar ada kena
mengena dengan jadual
waktunya yang semakin padat
sejak dia kembali daripada cuti
perkahwinan selama dua minggu.
Nak tahu lebih lanjut tentang
gosip artis terkini sila
LIKE SINI
Incoming hunt terms:
,,ayu raudhah bogel ,gambar artis HAMIL ,tetek ayu raudhah ,anak artis malaysia 2011 ,ayu raudhah tetek ,ayu raudhah bertudung ,gambar artis baru malaysia ,gambar keluarga ayu raudhah ,anak kembar artis malaysia ,almy nadia tetek
Jul 14, 2011 - Posted by admin Gossip artis Malaysia Anak Kembar, Anak Lelaki, Ayu Raudhah Che Wan, Belum Ada, Bora Ombak Ampang, Gosip Artis, Jelita Ayu, Ketara, Ketawa, Kurus, Mahu, Mengandung, Pemain Bola Sepak, Penampilan, Penurunan Berat Badan, Perempuan, Perkahwinan, Restoran Bora Ombak, Sabar, Zaquan Adha