Denan's Family
tag:blogger.com,1999:blog-6325995187364545899. 2011-09-21T10:37:00.909+08:00. Denan's Family. Perihal keluarga Denan.. sarel206. http://www.blogger.com/profile ...
Ingat Mengingati

Saya tertarik mengenai artikel yang disediakan oleh Ustaz Zaharuddin ini, marilah kita renungi bersama-sama semoga mendapat keredhaan Allah SWT.

Siapa Lelaki Dayus
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya.

Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga Nabi SAW bersabda ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS” ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya sahih: Ghayatul Maram, no 278 ) Dalam sebuah hadith lain pula : ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ – تَبَارَكَ وَتَعَالَى – عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya” ( Riwayat Ahmad ).

Malah banyak lagi hadis-hadis yang membawa makna yang hampir dengan dua hadis ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus. Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu Sabda Nabi : وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat.

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut هو الذي لا يغار على أهله Ertinya : “seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : “Cemburu lawannya dayus” ( Umdatul Qari, 18/228 ) قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, Disebut dalam kitab Faidhul Qadir فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 ) Imam Az-Zahabi pula berkata فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya” ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya:
والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah attorney kepada zina” (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikiandan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan’ kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah keranasuami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami,isterisudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
“Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)” ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara ‘ringan’ dan ‘berat’, mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
Jika seorang bapa mengetahui ‘ringan-ringan’ anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau ‘terlanjur’ sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih ‘ringan-ringan’ dan ‘terlanjur’ ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus.

Jagalah zuriat anda

Suami juga patut sekali sekala menyemak palm phone isteri, desire isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata, “habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz.
Jawabnya, perlu juga, cuma topik saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku”, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi memberi respond : “Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. ” ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protecting kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS
1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah
2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki engine atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, squad starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan sanatorium yang mempunyai doktor wanita
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dantidaksabit ‘dayus’kepad dirinya. Mungkin kita akan berkata dalam hati
Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Zaharuddin Abd Rahman
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

-PUSAT AKSES SMK SERI BALIK PULAU, PULAU PINANG-


Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan
sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu.
Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira
sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai
aktiviti rekreasi.
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
•Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
•Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran
(benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalamcatur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran.Per mainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan

Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan

Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.

Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan

Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang pale ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasidunia.
" Kepentingan Pelajar menyertai aktiviti ko kurikulum ".
Pendahuluan : Ko kurikulum ialah aktiviti selepas sekolah iaitu aktiviti persatuan
unit beruniform dan sukan.

A. melatih murid menjadi pemimpin - sifat kepimpinan dalam aktiviti.
B. melatih murid untuk berdikari sendiri - contoh dalam perkhemahan tahunan - masak
sendiri dan aktiviti dalam perkhemahan.
C. melatih murid mematuhi disiplin dan arahan ketua.
- penting untuk keutuhan sesuatu organisasi atau negara. Semangat kerjasama - berat
sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
D. Menambah ilmu pengetahuan tambahan - cara membuat pertolongan cemas.
E. untuk kesihatan diri - aktiviti sukan dan permainan
- badan sihat - otak cergas
Murid patut menyertai aktiviti ko kurikulum untuk memperolehi berbagai faedah untuk diri.
Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan
guru-guru. Berikan sebab-sebabnya.

Pengertian kokurikulum - kegiatan luar bilik darjah - untuk bantu pembelajaran di bilik
darjah
contoh ; sukan dan permainan , section beruniform, kelab dan persatuan
boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru

i. dalam aktiviti sukan dan permainan - murid-murid akan bekerjasama dan bantu- membantu bagi mencapai kemenangan - tidak secara langsung dapat merapatkan hubungan sesama mereka.

ii. dalam aktiviti section beruniform - dapat berbincang . ikut arahan ketua, disiplin / riadah -
dapat merapatkan hubungan sesama murid
iii. dalam aktiviti kelab dan persatuan - berbalas pantun , kuiz, syarahan dan lain-lain
memerlukan kerjasama dan muafakat - dapat eratkan hubungan
iv. pertandingan / perlawanan sukan dan aktiviti kokurikulum dengan sekolah lain pula
dapat rapatkan hubungan di antara murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan hubungan yang rapat dan baik penting bagi menjamin keharmonian sesebuah sekolah dan
masyarakat kejayaan dalam pendidikan / pelajaran.

Bentuk sahsiah murid melalui sukan
SAYA berpendapat masalah buli di sekolah berlaku kerana pelajar tidak mempunyai kemahiran sosial yang mantap seperti mengawal kemarahan, ego dan daya agresif dalam diri.
Ini adalah kerana sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan
mengetepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.
Sukan umpamanya, mempunyai peranan yang besar dalam membentuk semangat juang,espirit
de corp serta toleransi dalam konteks kalah dan menang.

Banyak sekolah yang tidak mempunyai padang untuk aktiviti sukan. Aktiviti sukan diadakan secara ala kadar pada bulan-bulan pertama persekolahan. Justeru pelajar hari ini tidak pernah belajar untuk menerima kekalahan. Ego untuk menang menyebabkan pelajar baru sombong kepada pelajar lama.
Saya rasa sampailah masanya Kementerian Pelajaran mengambil perhatian serius terhadap
kepentingan sukan dan aktiviti kokurikulum dalam pembentukan sahsiah pelajar.
Matlamat kewujudan sains sukan adalah seperti berikut:
•Pertumbuhan organ: Kecergasan dan kecerdasan seseorang amat dipengaruhi oleh

kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot purkenje pada organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk menyelesakan kaki di samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan jogging.
•Pertumbuhan fizikal: Fizikal adalah pandangan luaran seseorang. Individu yang sihat
badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan badan dari segi kelihatan luaran.
Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan yang kuat dan tegap dapat memakai
baju jenis "body fit" sudah pasti membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun
di tempat awam. Orang yang sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti
serta bergiat aktif dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb.
Selain itu, kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan
pihak atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
•Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran: Koordinasi otot dan saraf adalah penting
dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang sentiasa melalukan sesuatu
aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia bukan satu masalah baginya,
melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah biasa dengan pergerakan sedemikian.
Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran seseorang dalam bidang tersebut.
•Pertumbuhan emosi dan sosial: sukan adalah satu saluran yang baik untuk meluahkan
perasaan marah, tekanan stres, dan frustrasi. Ia juga dapat melatih seseorang supaya
menjadi optimis dan ring. Telah dipercayai sukan boleh merangsang perembesan hormon
riang "serotonin" yang boleh menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu,
sukan dan latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan
antara sesama yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan
yang positif semasa bermain "game".
•Pertumbuhan insan dan negara: manusia harusnya sentiasa aktif dan cergas. Dengan
adanya populasi yang sihat, barulah negara menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi thought yang baru kepada negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain seperti Sukan Komenwel, Olimpik, SUKOM etc.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi
pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang
menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti
ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan
kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti.
Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan
mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar
yang menghadapi epoch persekolahan zaman ini memang penuh masalah,
jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini.
Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak
daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan
dan membuat latihan. Minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak
terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan
pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan
pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang
terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan
pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk
melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu

pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap
kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari
bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta
mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti
memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang
erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai
orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis
manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk
menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan
yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan
yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Pelajar juga mengetahui banyak perkara baru. Aktiviti dalam pertubuhan
beruniform akan mendedahkan mereka kepada cara-cara untuk
menyelamatkan mangsa ketika kecemasan, cara berkhemah, cara
memasak dan cara menguruskan perbelanjaan persatuan. Semua ini
memberi satu pengetahuan yang berguna kepadapelajar. Ilmu ini turut
memberi pelajar satu dimensi baru dalam cara mereka melihat sesuatu
pertubuhan apabila mereka keluar dari sekolah.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar
tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap
aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan.
Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka
seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang
harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses
kehidupan kita sebagai manusia. Peranan pelajar terhadap negara?

Isi Contoh:
§ Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
§ Tidak terlibat dalam kegiatan tidak bermoral
§ Menyumbangkan tenaga pada negara
§ Menghargai dan menjaga generasi tua
§ Melakukan sesuatu perkara yang memberi kebanggaan kepada masyarakat dan
negara

TERUJA DENGAN ADIK-ADIKKU « IBNU AHMAD AL-KURAUWI

MALAM JUMAAT hati terpaku di hadapan TV melihat secara langsung pertandingan akhir Rancangan Realiti TV Adik-Adikku. Tahniah kepada Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM mencetuskan fenomena sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan yang mendidik jiwa. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya. Suka dengan adik Nurul Syazwina, Wajihdan Qayyim persembahan yang mengharukan jiwa.

Daripada 500 penyertaan, module ini akhirnya mengetengahkan bakat seramai 20 adik-adik kecil di kaca tv dan akhirnya7 peserta terakhir yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Seperti module realiti yang lain, adik-adik kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada tenaga-tenaga pengajar yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal seprti Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

KOMUNITAS BIMA RANTAU

TULISAN KHUSUS MENYANGKUT BIMA "LEMBO ADE MORI DEI RASA DOU, TIWARA INA RO AMA NDI EDA"