Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga
Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia.
Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minum, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta. Demi sesuatu yang menjanjikan bahagia.
Namun dalam asyiknya manusia bercinta, di kala itu jualah manusia semakin derita. Rumahtangga musnah, hidup berantakan. Tatkala inai masih di jari, anak belum joke sempat berdiri, tiang rumah dan tangga cinta roboh dirempuh badai.
Luar biasa…
Mereka bukan dipaksa menerima. Kahwin itu bukan kahwin dera atau kahwin paksa. Ia adalah cinta sama cinta, suka sama suka. Jika kedua belah pihak sudah saling menerima dan kenal isi kulit pasangan sehati sejiwa, di manakah cacat di manakah celanya hingga hujan tidak sempat menunggu petang?
Bukankah syurga dunia yang dibina itu mahu dilangsungkan hingga ke Syurga Sana?
Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa al-Dzukhruf 43: 67
Itulah realitinya.
Bahawa biar sehangat mana joke cinta yang membakar perhubungan dua insan yang berkasih sayang, mereka akan menjadi musuh di antara satu sama lain di padang Mahsyar. Jika dahulunya mereka menolak pertolongan yang ditawarkan demi kebahagiaan sebenar, hari itu mereka pula saling bermusuh dengan permusuhan yang tidak lagi mampu ditolong.
Mengapa cinta menjadi permusuhan?
Apakah yang menguji manusia di Mahsyar hingga pasangan yang akrab menjadi musuh yang saling mementingkan diri?
Sesungguhnya Mahsyar itu mengheret manusia kepada sebuah TEKANAN. Itulah ujian terbesarnya. Segala yang didustakan selama ini terbentang di depan mata. Barulah kelihatan kesan segala perbuatan. Bahawa dunia memang sementara, namun kesan amal berkekalan selamanya. Dan hari Mahsyar itu setiap insan berada di bawah TEKANAN yang maha dahsyat.
Ibu sanggup menggadaikan anak demi untuk menyelamatkan diri.
Dua kekasih sanggup mengorbankan pasangannya demi terbebas dari seksaan yang sedang menanti.
Dalam keadaan yang begitu terdesak dan penuh tekanan, cinta berubah menjadi permusuhan. Dua kekasih saling menyerang pasangan masing-masing, mementingkan diri, demi sebuah keselamatan.
Kecuali manusia bertaqwa.
Wahai pasangan yang bermadu kasih, ingatkah kalian pada khutbah yang mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA suatu hari dahulu? Tiga ayat yang dibacakan kepadamu, segalanya berbicara tentang TAQWA.
Pesan itu adalah pesan Tuhanmu. Pesan yang disampaikan di lisan Nabimu. Pesan yang diperpanjangkan kepada khutbah nikahmu. Bahawa tiada bahagia tanpa taqwa. Hanya derita pemusnah cinta, manusia tersungkur di pantai derita, meneguk neraka dunia sebelum Neraka di Sana.
Neraka dunia yang menghancurkan bahagia datang bersama tekanan. Ujian yang amat menghimpit beban. Soal anak, soal pekerjaan, soal keinginan, soal ketidakpuasan, soal kemahuan, soal kesangsian. Rumahtangga yang belayar di tasik madu, menjelang senja dihiris sembilu.
“Lepaskan saya. Saya sudah tidak sanggup lagi,” bentak isteri yang terbeban oleh tekanan perasaan.
“Sabarlah isteriku. Mari duduk mencari petunjuk,” pujuk suami dengan linangan atmosphere mata.
Anak-anak menggeletar terperosok di sudut gementar. Melihat ayah dan ibu bergaduh cakar mencakar.
“Bukankah kami hadir kerana cintamu?” bisik si anak kepada hatinya, merayu kepada Tuhan agar mendamaikan sepasang insan tempat dirinya berpaut hidup.
“Sudah-sudah. Tidak perlu dibincang-bincangkan lagi. Lepaskan saya. Hantarkan saya balik ke rumah emak di kampung!” si isteri terus mengamuk.
“Bagaimana dengan anak-anak kita?” suami merenung wajah anak-anak yang kebingungan. Terasa hangat pipi dihujani hiba.
“Semuanya salah abang. Sudah berapa kali saya beri peluang. Abang masih tidak berubah. Abang bekerja untuk keluarga, hingga hancur keluarga. Kalau selama ini kami bahagia tanpa abang, kenapa perlu lagi saya menderita menanti abang. Saya ada cita-cita sendiri!” si isteri mengesat wajahnya dengan lengan. Kata-katanya penuh simpang siur perasaan. Tidak pasti apa yang dimahukan.
Kecuali sebuah penceraian…
SUATU HARI NANTI
Suatu hari nanti
Kau akan tahu sucinya cintaku
Kau akan menyesal
Dan kau sebut namaku selaluSuatu masa nanti
Kan terhurai segala rahsia
Bahawa cintaku kepadamu
Abadi selamanyaKau akan menangis
Menatap gambarku
Gambar-gambar kita
Pasangan yang istimewaOleh itu kasih
Janganlah terburu
Jangan ikut rasa
Kelak jiwa kan meranaPerkara yang kecil
Jangan suka dibesar-besarkan
Perkara yang samar
Jangan pula dibenar-benarkanUsahlah dibunuh
Kecintaan ini
Biarkan bersemi
Sampai kekal dan abadiLagu dan Lirik: Suhaimi Mior Hassan
Tekanan bukan sahaja menjadikan seorang kekasih memusuhi kekasihnya di Akhirat, bahkan tekanan itu juga menghilangkan cinta tatkala menempuh kehidupan dunia. Hingga tidak sempat-sempat menuju penceraian, semata-mata ingin lari daripada sebuah tekanan.
Itulah yang banyak berlaku hari ini.
Pelik sekali, setelah ghairah bercinta kita melangkah ke alam rumahtangga. Belum sempat anak membesar bergegas pula menuju penceraian. Dan janggal sekali, selepas bercerai barulah timbulnya damai. Boleh keluar makan bersama, boleh bergilir melayan anak-anak. Suami isteri payah serasi, biar sekadar teman yang mesra. Semuanya kerana gagalnya manusia, menguruskan tekanan, realiti kehidupan.
Justeru wahai insan yang mabuk cinta, siasatlah benang yang menyulam kasihmu. Apakah ia sebuah taqwa, atau cinta buta yang tidak berpijak di bumi nyata? Sesungguhnya cinta yang tidak bersendikan taqwa adalah cinta yang berakhir dengan permusuhan. Jika tidak di neraka dunia, pastinya Neraka abadi di alam Sana.
“… kecuali orang-orang yang bertaqwa” al-Dzukhruf 43: 67
“(Mereka diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firman-Nya): “Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh.(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan”al-Dzukhruf 43: 68-70
Tidak mungkin Syurga di Akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia ladang Akhirat, apa yang disemai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian di Akhirat yang kekal abadi.
Berjuanglah berbekalkan taqwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta, hingga terkecap syurga dunia.
Berjuanglah sampai mengecap bahagia perjuangan, rumahku syurgaku, baiti jannati…
Kejayaan bukan sebuah destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan bercinta.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra, Kajang
Related posts:
- Bercinta Sampai ke Syurga dan Teledrama HANI di TV3 Saya tidak menulis skrip. Jauh sekali berlakon. Tetapi di dalam...
- RALAT BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA KENYATAAN PENERBIT, GALERI ILMU SDN. BHD. Kami memohon berbanyak maaf...
- Nilai Dakwah di Dalam Syurga Cinta Jodoh ada tiga jenis jodoh. Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan...
- Jangan Sekadar Syurga Dunia “Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda....
- MHI TV3: Jemputan ke Syurga Buat Yang Sudi “Nak masuk Syurga?” seorang penyoal menyoal. “Ada ke orang yang...
- Previous Entry: Merawat Suami Bisu
- Next Entry: Keletihan Yang Membahagiakan



Kenapa pilih no 2?
1. Keluargaku membesarkanku, memberi pendidikan
secukupnya pada ku, mendoakan kesejahteraan dan
kejayaanku, tiba masanya aku membalas budi, aku
ingin
melakukannya sepuas hati. Suami adalah perkara baru
bagiku, ibu ayah selamanya bersama ku, menjadi
isteri
ke-2 membenarkan semua ini berlaku. Disaat suami
bersama isteri pertamanya, aku bersama keluarga ku.
Dia bahagia tika bersama keluarganya yang disana,
aku
bahagia bersama keluargaku, ayah ibu, adik2…bila
kami bersama semula, cinta itu terasa panas sekali
krn
kami saling merindui di kala berjauhan. Maduku juga
melakukan perkara yg sama ketika suamiku bersamaku,
pulang kepada keluarganya.
2. Aku wanita berkerjaya itu yg punya segala
kemudahan
untuk hidup, ada waktu aku perlukan masa utk diriku
sendiri, untuk ke salon, buat facial, urutan badan,
hadiri kelas yoga, aerobik dan sebagainya. Diwaktu
dia
bersama isterinya yg disana, aku gunakan masa itu
untuk diriku. Di kala kami bersama, hubungan intim
kami hangat sekali, aku sentiasa bersedia untuknya,
untuk diriku juga. Seminggu atau dua minggu sekali
cukup memadai bagiku kerana yg sekali itu amat hebat
sekali, yg sekali tetapi hebat itu umpama tonik utk
hari2 ku yang lain.
3. wanita sepertiku juga sibuk saban hari, bukan aku
pentingkan karier tapi bila kita bekerja, kita harus
komit sepenuhnya, kedudukan aku sebagai isteri ke-2
mengizinkan itu untuk berlaku. Hasilnya, aku punya
suami, anak-anak, keluarga yg menyokong kukuh
dibelakang dan kerjaya yang cemerlang.
4. Aku suka kehidupan yg tenang tanpa geseran.
Berjauhan selalu membuatkan aku selalu merinduinya,
bila dekat aku tak lekang bermanja dengannya. Rugi
rasanya masa yg sedikit itu digunakan utk bergesar
perkara2 yg kecil. Kami tak pernah bergaduh, dia
menerima aku seadanya, aku menerima dia setulusnya
hatiku. Kami adalah pasangan bercinta itu walaupun
dah
3 tahun bernikah, hphone dan komputer adalah teman
karib, even kami kdg2 terlupa bahawa kami suami
isteri, bercakap seperti anak2 remaja.
5. Aku hanya mahu Hari Raya Pertama di rumah ibu
bapaku dan sudah pasti aku sentiasa dapat yg ini.
Kalau tak kerana suami berjauhan joke biasanya org
berjalan raya pada hari raya ke 2 & 3, aku sentiasa
mendapat hak ini. Hari raya pertama adalah utk
isteri
pertama, hari raya ke 2 & 3 bersama ku, selebihnya
suami kembali pada keluarga pertama, aku joke kembali
kerja, semudah itu kehidupanku kerana aku sgt
berlapang dada, ada suami utk hari2 sebegitu sudah
satu nikmat buat ku, bagaimana ppun2 yg tidak
bersuami?
6. Begitu juga ketika bersalin, aku hanya mahu
bersama
keluargaku, aku hanya mahu ibuku yg menjagaku, aku
mahu adik2 perempuanku menguruskan kebajikanku,
sesekali mertua datang melawat, sudah cukup bagiku.
Aku tak pernah meminta dia bersamaku ketika ini, aku
hanya mahu ibuku, sudah tentu jauh disudut hatiku
mahu
dia bersama, tapi aku lebih suka dia disana dan
menelefon aku saban hari, sbb kalau dia ada
bersamaku,
pening kepala ibuku memikirkan nak masak apa utk
menantu sorang ni.
7. Maduku?……..mula2 dia seperti marah, lama-lama
dia buat tak peduli, sekarang dia kakakku. Dialah
juga
yg mengajarku cara-cara melayan suamiku sambungan yg
ke 7 :…….sebagai balasannya, aku menghormati
haknya sebagai isteri suamiku, aku tak pernah lupa
membeli barang utknya setiap kali outstation, tak
pernah lupa memberi hadiah istimewa utk anak2nya yg
juga anakku, dan yg pale penting…aku tak pernah
memanggil suami pulang ketika ‘turn’nya, malah jika
suamiku disana, aku akan minta kebenaran maduku utk
bercakap dgnnya.
Adakah aku bahagia? Alhamdulillah…kehidupanku
sempurna sekali, aku miliki semua, keluarga yg
kusayangi, suami yg ku cintai dan sanjungi, anak2 yg
baik dan kerjaya yg mantap sekali.
Rahsianya : Berlapang dada, ikhlas pada diri sendiri
dan keluarga, niat segala perkara lillahitaala,
terima
suami seadanya….dialah rezeki pemberian tuhan,
Allah
boleh beri dan ambil bila2 masa dia mahu, tak guna
mengawal, lebih memahami kita padanya, lebih sayang
dia
pada kita.
Nama: Polleney
Topik: To : Nasha, para isteri ke 2 & bakal isteri
ke 2
Ini hanya pandangan saya untuk dikongsi bersama :
1. Jgn peduli apa yg org kata, peduli hanya apa yg
keluarga dan suami kita kata kerana hanya mereka ini
yg berjasa dan berkepentingan dgn kita. Masyarakat
hanya tahu mengutuk tapi tidak tahu memberi jalan
penyelesaian. Tiada berdosa hidup bermadu, tidak
hina
menjadi isteri ke 2, 3 atau sebaginya dgn syarat
suami
kita mestilah seorang suami bukan seorang laki.
2. Sentiasa merendah diri dan hormati isteri
pertama,
biar dia marah2, kita perlu sentiasa mengalah, kuat
hati dgn matlamat perkahwinan kita, mencari
keredaaan
Allah melalui keredhaan suami, jika niat kita jelas
dan ikhlas, lama-lama isteri pertama akan lembut
hatinya, lama2 boleh menjadi kawan baik kita pula.
Tenangnya hati bila madu kita menelefon bertanya
khabar kita di kala suami bersamanya. lakukan
perkara
yg sama padanya bila suami bersama kita.
3. Senangkan hati suami, maka dia akan senangkan
hati
kita. Bukankah semua isteri mahu disayangi oleh
suaminya. Kita perlu sentiasa memainkan peranan yg
aktif supaya hati suami senang, bila hati suami
senang, madu kita juga senang hatinya, secara
lansungnya kebaikan itu datang pada kita juga, hati
kita turut senang.
4. Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya
dari suami.
5. Sewajarnya isteri ke-2 berdikari, agar masa
santai
itu dipenuhi sebaiknya, jadi akan kurang masa utk
berfikir yg bukan2, jgn benarkan syaitan menguasai
diri. Mana ada perempuan yg tak cemburu, mesti ada
juga rasa cemburu sikit, tapi berpada-padalah,
tunjukkanlah juga rasa cemburu tu sikit2 pada suami
agar dia tahu kita sayang padanya.
6. Ambil hati mertua sewajarnya, agar dia juga
kasihkan kita dan anak2 seperti dia kasihkan
keluarga
suami kita yg satu lagi.
7. Tiada siapa yg menang atau kalah dlm perhubungan
seperti ini, yg penting ketenangan dlm perhubungan
itu.
8. Sokongan keluarga sendiri sangat penting utk
wanita
seperti kita, jadi kita tak akan rasa kekurangan
bila
suami tiada bersama.
konsep poligami itu adalah berkongsi, bukan
merampas.
Tetapi bagi yg nak menjadi isteri ke 2, berhati2
juga
ketika menerima lamaran :
Tanya dan lihat :
1. Adakah dia lelaki bertanggungjawab pada
keluarganya, ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan
bertanggunjawab juga pada kita.
2. Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa
kita?
jika ya, maknanya dia lelaki yg tahu perkara asas.
3. adakah bakal madu kita terdidik akhlaknya? jika
ye…mudah utk kita berbaik dgnnya.
4. Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama?
jika
ye, maknanya dia tetap pendirian, tahu maksud hidup.
5. Adakah dia faham ttg perkahwinan sama seperti yg
kita faham? jika ye……mudahlah bagi kita dan dia
bertolak ansur.
Jika tidak…lebih baik berfikir dua kali krn tak
semua ppuan kental, tak semua lelaki kuat. Ramai
juga
yg mengambil peluang dgn konsep pologami ini, hanya
mrk yg berwibawa saja mampu merialisasikannya.
Nama: nasha
Topik: Inilah sebabnya
Tahniah Polleney kerana sudi untuk berkongsi tips &
petua untuk kebahagian bersama.
Alasan yang anda berikan itu juga adalah sama dengan
alasan saya. Saya juga perlukan masa untuk diri
sendiri. Tak terlayan kalau saya seorang yang
melayan
keperluan & juga dirinya. Bila bersama saya,
tentulah
dia ingin dibelai dan dimanja kerana bila bersama
keluarga di sana , dia perlu menjaga & memanjakan
anak-anak.
Kalau saya seorang yang melayannya, mahu kelam kabut
saya dibuatnya. Mana nak membelai diri sendiri,
mengurus rumah tangga, dengan karier & pelajaran
lagi,
boleh terbalik saya dibuatnya. Sememangnya jarak itu
lebih memesrakan kerana apabila bertemu, kita tiada
masa untuk bertengkar. Masing-masing sibuk
memberikan
layanan yang terbaik. Bergurau senda lebih
menghangatkan suasana daripada pertengkaran yang tak
membuahkan sebarang hasil.